11 Disember, 2009

KASIHANNYA WANITA....

Minggu lalu saya menerima sms daripada seorang wanita (wanita 1) dari Pahang “Assalamualaikum dr, saya ingin mendapat khidmat nasihat dan menambahkan pengetahuan tentang memikat suami untuk menambahkan kasih sayang bersama suami. (Fikiran) Saya sudah buntu. Nampaknya makin pudar. Selepas suami saya berkahwin dengan perempuan Indon...anak-anak pun sudah terasa sangat...anak saya tengah (sedang) belajar lagi. Lima orang, (di) USIM tahun akhir, UiTM baru habis, Dua orang lagi masih bersekolah. Kalau boleh saya nak minta nasihat. (Saya) tak nak nanti rumah tangga yang saya bina selama 25 tahun musnah begitu sahaja. Apa yang harus saya lakukan?”
Saya tidak segera memberi respons terhadap masalah wanita itu.
Lalu dia menghantar sms lagi “sekarang kalau saya terlampau tertekan jadi tak boleh tidur. Saya pernah ambil ubat tidur.”

Malam semalam pula saya menerima sms daripada seorang wanita juga (wanita 2) “Maaf, saya tak sempat nak bagi no. akaun bank. Kereta saya accident petang tadi.” Terkejut saya menerima mesej itu. Pada sebelah paginya dia bertemu dengan saya kerana urusan perniagaan. Dia memberitahu saya bahawa itulah kali pertama dia memandu kereta sendiri dalam jarak yang jauh (lebih 100 km). Dia baru mendapat lesen memandu kira-kira lima bulan lalu.
Saya segera menelefonnya untuk mengetahui cerita tentang kemalangan itu. Keretanya dilanggar oleh sebuah motosikal yang memotong dari kiri sewaktu dia hendak membelok. Dia tidak cedera apa-apa, tetapi keretanya mengalami kerosaka yang agak teruk. Kereta baru jenis Proton Saga. Panjang lebar dia meluahkan pengalaman cemasnya.
Yang menarik pada saya ialah apabila dia berkata dengan penuh emosi “Saya panik. Saya tak tahu nak buat apa. Semua orang kerumun saya. Semua salahkan saya. Saya hubungi suami saya, dia marah-marah pulak, dia tanya macamana boleh accident? Kereta teruk tak? Bukannya dia tanya saya macamana keadaan saya?Luka ke? Koma ke? Dia lebih pentingkan kereta dia....”
Sempat saya beri dia semangat dan sedikit panduan untuk menyelesaikan masalah kemalangannya, termasuklah cadangan untuk mendapatkan khidmat guaman jika perlu. Kebetulan pula di bandar itu saya mempunyai seorang rakan peguam yang kebetulan peguam saya dahulu.
Kemudian saya menghantar sms kepadanya “Kesemuanya itu ketentuan Illahi yang pasti ada hikmahnya. Pengalaman pahit dan menyakitkan pada hari ini akan menjadi manis kemudian nanti, apatah lagi setelah “ia” menjadi kenangan. Benda dah berlaku nak buat macamana. Terimalah dengan tenang dan reda. Percayalah, Allah akan sentiasa bersama-sama dengan orang yang sabar dan benar.”
Dia membalas “Terima kasih. Sekarang baru saya rasa lega sedikit.”
Mesej yang lebih kurang sama juga saya berikan kepada wanita 1 tadi, selain beberapa panduan ringkas untuk menangani tekanan dan konflik jiwa.
Semalam petang saya bertanya Wanita 2, tentang masalah yang berkaitan dengan kemalangannya. Dia menghantar sms berbunyi “saya tak berani lagi keluar rumah. Masih takut dan rasa nak berhenti kerja. Tak nak guna kereta.”
Justeru saya cadangkan kepadanya agar mengambil produk saya (Prominex) kerapkali untuk membantu menghilangkan trauma. Saya maklumkan juga bahawa dia perlu rawatan trauma dan memulihkan semangat. Untuk makluman pembaca, dalam perubatan homeopathy ada ubat/remedi untuk rawatan masalah trauma.

3 ulasan:

Unknown berkata...

o sedih betul masalah diorg ni. sb tu lah saya selalu ingat kan pada semua wanita, jangan terlalu bergantung pada suami. sebelum keadaan menjadi lebih teruk, wanita mesti pandai berdikari dan pastikan anda mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh. bila ada duit baru org pandang.....bukan meterialistik, tapi itulah dunia....

abu naim berkata...

Memang benar tu.... setuju sangat saya. semalam saya berjumpa dengan Wanita 2 tu... alahai kasihannya! Nafkah zahir dan batin macam tak cukup je...hehehe. Rupa-rupanya dia tak bekerja. Dulu adalah dia berniaga sambil-sambilan, tapi skrg dah tak lagi...

Azmah Nordin berkata...

Sdr Abu Naim :)

ini komen saya utk wanita pertama;

jika suami kawin lagi satu, kenapa nak sedih - jika suami syiok2 di sana? membazir air mata je. Anda pun patut kawin lagi satu juga, dgn lelaki yg jauuuuuuh lebih muda dan hensom. Apa, ingat si isteri je pandai meningkat tua, lelaki terus maintain muda sampai mati? Ingat lelaki saja boleh ke? amboi!

utk wanita ke 2; susah2 cari driver, mcm saya.