20 Disember, 2008

Mengapa Mesti Diswastakan?


Cadangan kerajaan hendak menswastakan Institut Jantung Negara (IJN) sememangnya mengundang pelbagai reaksi, dan saya yakin kebanyakan rakyat Malaysia, terutama golongan marhaen akan membantahnya walaupun dalam diam. Hal ini kerana apa-apa juga alasan dan motif, rakyat biasa yang menanggung kenaikan kos dan risiokonya.
Apa sebenarnya mitof dan alasan kerajaan? Kalau untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, kenapa semestinya diswastakan? Sudah teruk benarkan sistem pengurusan dan pentadbiran kerajaan kita? Saya fikir tidaklah begitu!
Untuk meningkatkan keuntungan? Keuntungan untuk siapa pula? Saya fikir, lebih baiklah kerajaan bebincang, berfikir dan berusaha dalam hal yang lain selain daripada kecenderungan menswastakan perkhidmatan seperti ini. Ini soal kebajikan dan keperluan rakyat. Janganlah nanti sampai kita menafikan hak rakyat miskin.
Berdasarkan pengalaman saya menerima rawatan di hospital kerajaan dan swasta, memang cukup menguja saya untuk menulis dalam ruang ini. Saya terasa benar betapa susahnya orang kampung, orang yang kurang berada, apatah lagi orang miskin untuk mendapatkan rawatan doktor pakar ataupun rawatan segera untuk menyelamatkan nyawa; segala-galanya mahal! Bukan itu sahaja, seorang doktor kerajaan memberitahu saya bahawa ubat untuk penyakit saya tidak ada di hospital kerajaan! Justeru saya teringat kata-kata seorang doktor kepada saya, “sekarang ini orang yang ada duit sahaja yang boleh umur panjang!”.
Berbalik kepada isu IJN tadi, tak usah ditangguhkanlah cadangan itu, BATALKAN sahaja! Berbincanglah, berfikirlah dan buatlah benda lain yang lebih bermanfaat kepada rakyat yang masih menyokong dan menjunjung kerajaan ini. Cukuplah, jangan sakiti dan kecewakan lagi hati rakyat! (Alhamdulillah…. Hasil ujian darah, saya sudah bebas daripada virus itu sekarang! Terima kasih kepada sesiapa juga yang membantu saya, memberi sokongan moral, memberi kasih dan sayang, memberi cadangan, bertanya khabar, dan bersimpati kepada saya. Semoga Allah merahmati kehidupan anda!)

4 ulasan:

ziharusan berkata...

saya sokong. batalkan saja hasrat tersebut.Jangan dinafikan hak orang miskin.

Azhar Salleh berkata...

Cikgu, lama tak kemas kini blog nih! Apa perkembangan?

adlien berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
abu naim berkata...

Terima kasih, Azhar. maaflah kepada semua pengunjung blog saya. Bahan dah ada tapi belum sempat editlah.... Masa 24 jam macam tak cukup sekatang ni....