05 Februari, 2010

BUDAYA SELESA: ANDA BAGAIMANA?

Dalam kekangan masa dan tenaga, kesempatan untuk menulis menjadi semakin terbatas. Justeru, untuk menyampaikan sedikit bahan berfikir, berikut saya terbitkan sebuah e-mel daripada seorang rakan siber:

Mereka yang sudah terkena dengan penyakit budaya selesa adalah orang yang tidak berusaha menjadi lebih baik. Mereka rasa diri dan hidup mereka sudah cukup baik,
sama ada daripada segi spiritual, agama, kewangan, sosial, pendidikan, kekeluargaan, karier, pengetahuan, kemahiran dan bermacam lagi aspek yang lain.

Penghidap budaya selesa hanya hidup dengan rutin. Mereka bangun tidur, melakukan apa yang mereka lakukan sebelum ini dan kemudiannya hari sudahpun malam. Mereka kemudiannya tidur semula bagi bersedia menghadapi rutin yang sama esoknya.

Mereka inilah golongan yang tidak cuba mengambil inisiatif meningkatkan diri mereka. Jangan hendak baca email ini sehingga habis, malah baru baca tajuk, terus dideletenya.

Mereka begitu mengagungkan diri mereka sendiri sehingga mereka gagal belajar daripada kehebatan dan ilmu orang lain. Mereka begitu asyik dengan diri mereka sendiri.
Apakah destinasi hidup anda sekarang? Saya tidak tahu. Tetapi, anda dapat mengetahuinya dengan melihat corak dan pola kehidupan anda sekarang. Apa yang kita selalu fikir dan buat akan menentukan destinasi masa depan anda.

Seperti saya, hari ini saya berasa gembira kerana dapat berkongsi pelbagai ilmu dan peluang yang saya tahu selama ini kepada mereka yang merebutnya.

Setidak-tidaknya, saya telah menjalankan tanggungjawab membantu anak bangsa Malaysia mengubah hidup mereka menjadi lebih baik.Seperti yang anda lihat, mereka yang mencipta kejayaan demi kejayaan di sini. Ketika umur saya 20an, destinasi saya samar-samar tidak tahu dimana destinasi saya seterusnya.Kini saya semakin jelas ke destinasi sebenar saya. Saya pasti, anda juga telah merancang destinasi sebenar anda.

Di harap dengan email ini, ia boleh dijadikan sebagai satu suntikan positif buat anda untuk menggapai apa yang anda ingin tentukan dalam hidup ini.

Terima kasih Sdr.Noorizam Shah
Usahawan Internet Sepenuh Masa,
eBay Education Specialist,
Pakar Pemasaran Internet

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

budaya selesa?...itulah yang sedang berlaku pada pakatan pembangkang(pakatan rakyat) yang di mana sedang selesa dengan apa yang telah mereka perolehi selepas 'menjatuhkan dan menumbangkan' kerajaan barisan nasional... keselesaan yang mereka dapat adalah dengan hanya menyambung apa yang telah kerajaan BN buat di negeri2 taklukan mereka...dengan keselesaan itu juga, telah membuatkan mereka alpa dan mengatakan apa yang sedang mereka buat sekarang adalah hasil titik peluh mereka walhal mereka hanya menyambung projek2 kerajaan BN...dengan kealpaan itu juga mereka tidak mampu membawa dan menarik pelaburan ke negeri mereka sehingga menyebabkan kejatuhan pendapatan negeri...ketua pembangkang hanya memberikan keyakinan palsu sehingga menyebabkan rakyat terpedaya dan termakan dengan helahnya dan sekarang terbukti bahawa mereka tidak berkemampuan untuk mentadbir negeri,apetah lagi ingin mentadbir dan menakluk putrajaya konon nya......(k-rie smkdbds,stpm 6a3 '07-'08)

Tanpa Nama berkata...

saya sekarang tidak berada dalam budaya selesa kerana sekarang memang tengah tidak selesa...saya sedang mencari formula untuk rajin belajar untuk menaikkan pointer saya yang hanya cukup2 makan...amat buntu dan amat tertekan....(k-rie smkdbds,stpm 6a3 '07-'08)

PENGARANG berkata...

Terima kasih dan tahniah!
Untuk naikkan pointer? Banyak elemen yang perlu difikirkan dan dibaiki.Kalu perlu bantuan, berhubunglah dnegan saya.

Unknown berkata...

Dr, saya baru baca post ni...sory...tak perasan.Sebenarnye saya ada tulis pasal ni..."comfort zone" atau zone selesa. Sebenarnya kala kita rasa ok dan nothing wrong, there is something wrong with us.. maybe boleh cerita pasal cerita 'katak'.... nak tahu ke? ty lah saya...