20 September, 2009

Tahniah, Azmah Nordin

Tahniah, Azmah Nordin atas penganugerahan SEA Write Award 2009. Penulis wanita yang amat gigih, yang berjaya mengalahkan penulis-penulis terdahulu. Dan saya kira Azmah mula menulis daripada titik kosong, bertatih-tatih, tanpa jemu, dan tanpa rasa rendah diri sehinggalah dia berjaya berdiri di puncak kejayaan kini. Masih saya teringat, pertama kali bertemu dan berkenalan dengan Azmah, pada tahun 2005 di Kompleks Belia Likas, Kota Kinabalu dalam bengkel penulisan anjuran DBP di bawah bimbingan Tn Haji Ali Majod dan Tn Haji Hamzah Hamdani. Waktu itu, Azmah bertanya saya “Plot itu apa? Macam mana nak buat plot?”
Beberapa tahun selepas itu, karya Azmah terus terbit satu persatu dan memenangi banyak sayembara sehinggalah ada yang menggelarnya sebagai penulis sayembara. Namun bagi Azmah, itu semua sebagai satu cabaran. Biarpun dia tidak sampai ke menara gading tetapi jiwa besar dan semangat wajanya, terus berjuang dan menggunakan segenap ruang dan peluang untuk mencipta nama di persada kesusasteraan tanah air kita.
Suatu ketika sewaktu bertemu Azmah di Kuala Lumpur, dia bertanya saya “kau menulis guna komputer?”.
“Ya, kenapa?”
“Aku guna mesin taip je. Aku tak tau guna komputer” jawabnya jujur.
“Banyak royalti kaudapat?”
“Purata sebulan aku dapat dua hingga tiga ribu." Selamba sahaja Azmah.
“Kau memang hebat. Macam mana kau boleh ada masa?”
“Anak-anak aku sudah besar. Aku akan menulis selagi ada masa. Aku juga buat penyelidikan sendiri.”
Itulah antara cebisan cerita yang saya ingat sepanjang perkenalan dengan Azmah, seorang wanita berbakat yang berjaya menjadi penulis tanpa mengikuti kuliah penulisan formal di IPT!

3 ulasan:

Azmah Nordin berkata...

Sdr Abu Naim :)

wah, ingat lagi sdr pd saya, terharu amat saya ni. senang2 nanti, sudi2kanlah dtg ke blog saya di http://azmahnordin.blogspot.com

err... prominex tu apa? hehehe..

salam sayang sesama insan selalu buatmu

az

Melihat Kesunyataan berkata...

Abu Naim,
Sejak balik seminar Bahasa Melayu bahasa dunia, lama tak dengar khabar. Tentu sibuk menulis/berkarya.

abu naim berkata...

Terima kasih, Shapiai kerana sudi singgah ke laman saya.memeng sibuk, macam-macam hal menyerbu kepala saya. tentunya berkarya, tapi dalam bentuk lain pula; tugas rutin, uruskan persatuan, kerja masyarakat, dan buat kertas ceramah tentang "keperluan fisiologi" untuk LDP guru-guru di sebuah sekolah. Kehidupan semakin sibuk dan kian mencabar!