30 November, 2009

Motivasi Keusahawanan







Hari saya menyampaikan ceramah motivasi keusahawanan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan dengan tajuk “One Touch Creative to Exellent”. Program ini diadakan sempena Hari Keusahawanan institusi tersebut. Kepada peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar yang berkaitan dengan bidang ekonomi, kewangan dan keusahawan ini, saya berusaha menyampaikan sesuatu untuk merangsang mereka agar berusaha dan menyiapkan diri untuk menjadi usahawan bermula dari usia muda. Saya mengetengahkan tujuh sentuhan gemilang dan satu pegangan untuk berjaya dalam bidang perniagaan/keusahawanan. Terima kasih kepada penganjur kerana memberikan saya penghormatan dan peluang untuk melawat pameran keusahawan yang hasil tangan dan sentuhan kreatif para pelajar. Saya tertarik dengan produk keselamatan yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar di situ. Produk tersebut sangat relevan dan suatu keperluan masa kini, khususnya kepada kaum wanita.
Daripada pandanagn saya, pelajar-pelajar akan berminat untuk menjadi usahawan atau sekurang-kurangnya dapat mencipta kerjaya sendiri apabila tamat pengajian sekiranya mereka diberi pendedahan dan diperkaya dengan pengalaman dan ilmu-ilmu yang lain. Institusi pendidikan awam/swasta perlu berganding bahu dengan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dengan keusahawan, khususnya pihak swasta supaya pelajar memperoleh pengalaman sebenar dunia perniagaan.

2 ulasan:

maizaitulhaisah bt talib berkata...

kami sebagai siswa politeknik Nilai amat berbesar hati kerana En.Abu sudi datang merasmikan hari pengguna dan menerangkan bagaimana hendak menjadi usahawan yang berjaya.TQ banyak2.Saya adalah antaranya yang membeli produk anda.MAIZAITULHAISAH dan kawan saya NORA MAHMOD.Saya dan nora berbangga kerana telah menjadi orang pertama yang membeli produk En.Abu di politeknik Nilai.sama-sama kita berdoa untuk kejayaan bersama dunia n akhirat.

abu naim berkata...

Terima kasih jua. Insya-Allah kita akan bersama-sama mencapai kejayaan dan menjadi insan yang berguna.