19 Februari, 2009

Guru gagal mendidik?

Tercatat dalam sejarah, hari ini terpapar berita tentang pelajar membakar kereta guru di sebuah sekolah di Segamat, Johor. Tentunya berita ini boleh mengaibkan nama sekolah. Seorang teman, sambil berseloroh dia mengungkapkan kata-kata “guru-guru gagal mendidik dan mendisiplinkan pelajar!”. Ada juga suara-suara yang mengaakan bahawa disiplin pelajar sekarang semakin meruncing; disiplin sekolah berkenaan teruk; dan macam-macam lagi ungkapan sinis dan berunsur negatif. Dalam nada bergurau juga saya memberikan respons “tidak adillah kalau disebabkan seorang pelajar yang cuba membakar kereta guru, lantas kita membuat penilaian yang sedemikian. Bagi saya, ini kes terpencil di sekolah berkenaan. Sekali dalam masa 50 tahun. Seorang daripada 1500 orang pelajar lain yang masih berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni. Sebenarnya semua pihak, termasuk individu mempunyai kewajipan dan tanggungjawab dalam usaha melahirkan masyarakat yang berdisiplin, bermaruah dan bertakwa. Usahlah diserahkan anak-anak kita seratus peratus kepada guru dan pihak sekolah. Institusi keluarga dan masyarakat, khususnya ibu bapalah sebenarnya yang sepatutnya lebih prihati dalam hal ini. Masalah disiplin ini bukan masalah baru; sejak zaman dahulu masalah ini telah wujud, cuma bentuk dan modus operandinya yang berbeza.

2 ulasan:

Unknown berkata...

bila baca posts ni saya cuma terfikir, "Ya Allah, minta2 dijauhkan semua ni dari anak-anak ku"....harap2 betul lah yang ini adalah kes terpencil.

smallprincess berkata...

buat abu naim, tahniah! banyak maklumat bermanfaat dalam blog ni..respon "guru Gagal Mendidik" klu ikut zaman dulu dan sekarang ni lain. bdk dulu dan skg pun lain..dan yang pasti, guru dulu dan sekarang sangat berbeza.. bagi seorang guru, anak murid no.1..maksudnya, murid adalah segalanya bagi guru.. tapi kalau sampai dah jadi kes mcm ni, nak tuding jari kat sape ya? apa plak peranan kita dengar isu mcm ni? yang penting, jangan tuding jari melulu, siasat dulu..p/s jadilah guru yang baik.