22 Februari, 2009

Alahai Polisku....

Kira-kira pukul 6 petang tadi, sewaktu keluar dari Bandar Putra, Segamat, di simpang tiga saya ternampak polis buat sekatan jalan (tiada papan tanda – mungkin tak rasmi). Mungkin polis membuat operasi mat rempit. Dua orang anak muda berpatah balik kerana terkejut dengan sekatan itu. Setelah berpatah balik, seorang anggota polis cuba menahan penunggang motosikal itu, dan saya nampak hampir terlanggar oleh motosikal berkenaan. Ada satu perkara yang menguja perasaan saya apabila ternampak seorang anggota polis memukul belakang pembonceng motosikal dengan sebatang kaya (macam kayu batang penyapu) dengan kuat dan bersungguh-sungguh. Persoalan yang berlegar di benak saya ialah: Mengapa harus dipukul pembonceng itu? Tidak ada cara lainkah yang lebih baik atau kurang ganas? Bagaimana pula kalau pukulan itu terkena kepala atau tengkuk? Atau bagaimana nasib anggota polis itu kalau dia terlanggar? Tidak cederakah dia? Atau mungkin juga memang begitulah prosedur dan budaya rakyat Malaysia kini? Sama-samalah kita fikirkan….

1 ulasan:

AL berkata...

salam..
yups..beginilah hakikatnya...penah suatu ketika,saya ader berjalan2 di bandar segamat..its around 12am on midnight..and xtually tomorrow is raya hehehe..fortunately,saya hanya menumpang member saya..dan masa makan2 tu kat segamat corner,tetiba moto kami kena angkat masuk lori because we're suspect tuk lumba haram (padahal nak tengok jek hahaha)..dan polis mlm tu juga ader buat operasi,,bagi budak2 moto yg xnak stop,memang dia org libas pakai PVC Pipe,kayu and even baling batu.Klu budak tu jatuh,they will consider "jatuh sendiri" even death.kekadang polis ni pun tendang jek motor tu,,nasib lah klu jatuh,,yg buat pun polis bantuan.klu sesiapa yg rempit,its an usual condition..so,sabo jeklah :)