31 Oktober, 2008

Bertemu dengan Baharuddin Kahar

Sebentar tadi saya bertemu dengan Baharuddin Kahar, seorang pengarang tanah air yang pernah menjadi sebuatan pelajar Kesusasteraan Melayu SPM tahun 80-an. Apabila teringat Baharudin Kahar, saya pun langsung teringat Kinto dalam novelnya Senjakala. Baru-baru ini beliau memenangi hadiah Novel Remaja DBP melalui novelnya Cerita Adam. Tahniah saudaraku! Terima kasih kerana memberikan naskhah novel itu kepada saya. Selalu saya sebut; kalaulah Baharudin Kahar ini orang putih, agaknya dah lama dia kaya raya! Tetapi begitulah hakikatnya, masyarakat kita yang kurang membaca buku, terutamanya novel, dan pemimpin negara yang kurang berminat dan tidak bersungguh-sungguh memartabatkan kesusasteraan bangsa sendiri. Kini Baharudin Kahar sedang giat berniaga sate pada waktu malam di Bandar Segamat. Namun dalam kesibukan itu, beliau sedang menyiapkan sebuah novel yang menurutnya novel bertemakan masyarakat yang menyelitkan isu-isu semasa, cinta, perjuangan bangsa, dan katanya akan muncul watak Natrah dalam novel itu nanti. Saya percaya, dengan kekuatan dan keindahan bahasa beliau, novel itu akan menjadi sebuah karya yang hebat!

5 ulasan:

ziharusan berkata...

Senjakala!
Saya sudah baca. Novel kepunyaan mak saya. Jalan cerita yang menarik dan agak berat.

Tanpa Nama berkata...

A'kum,

Saya amat meminati hasil tulisan Baharuddin Kahar. Dia sememangnya berbakat dalam penulisan. Bagaimana boleh saya menghubungi beliau ?

abu naim berkata...

Insya-allah, saya akan mendapatkan no hp beliau. Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

saya pelajar form 5 yg menjawab soalan dari novel Senjakala (1990)cerita bagus...dan meruntun hati..
amri-manong perak.

Unknown berkata...

Bagaimanakah boleh saya dapat kan novel senjakala? Ada yg sudi untuk meminjam?