Alhamdulilah, sangat bersyukur kepada Illahi - hari ini masih dapat menyedut udara bumi. Seawal pagi, setelah menunauiakn kewajipan, aku berseiap-siap untuk menghantar puteraku ke Tadika al-Khalifah, sebelum itu sempayt juga menghantar anak saudaraku (anak arwah kakak kesayanganku) ke sebuah sekolah di Segamat untuk melapor diri sebagai "guru ganti".
Selepas menghantar anak ke tadika, aku cuba menghubungi beberapa rakan untuk bersarapan di samping sembang-sembang pagi - namun tiada siapa yang menyahut.
Akhirnya aku terus ke pejabat dan memulakan kerja-kerja sendiri. dalam pada itu sempat juga mengucapkan "selamat bertugas" kepada seorang sahabat yang jauh - namun: tiada berjawab juga, meskipun ucapan salam didahului. Mungkin sibuk belaka atau dunia sudah berubah, itu yang terdetik di minda saya.
Saat ini, rasa kesyukuran juga yang terucap kerana setelah sekian lama blog ini terpinggir akhirnya Allah menganugerahkan aku kekuatan untuk mengaktifkannya semula. Harap-harap semangat dan kekuatan jiwa dan raga anugerah-Nya ini berterusan, melenyapkan seribu dugaan dan halangan yang mendatang.
Kepada sesiapa jua, khususnya yang masih ingat dan relevan dengan saya, selamat melangsungkan kehidupan sepanjang 2013 dengan harapan dan kekuatan baru. Kehidupan ini adalah perjalanan yang panjang dalam urusan mencari makna dan keredhaan Illahi.